Pages

Thursday, November 29, 2012

Hikayat Sang Kancil dan Monyet




Video ini juga sesuai dijadikan bahan pembelajaran yang menarik. Minta murid menyenaraikan nama buah-buahan yang ada dalam cerita ini. Penerapan nilai murni juga boleh dibuat dengan jelas dan tepat.

Contoh soalan:
1.  Senaraikan 5 nama buah-buahan yang terdapat dalam cerita ini.
      i)  _________________
     ii)  _________________
    iii)  _________________
    iv)  _________________
     v)  _________________
2.  Apakah nilai-nilai murni yang ada pada Sang Kancil dan Kura-kura?
     ___________________________________________________________________________

Sunday, November 25, 2012

Petikan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi.
Samat : Apa yang peliknya, Chan. Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?
Samat : Tahu, baru semalam Cikgu Lina beritahu.
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari. Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!
1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'tugas' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
A. permainan
B. kerja
C. cerita
D. akhbar

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A. ular sawa menelan gajah
B. ular sawa menelan kambing
C. ular sawa menelan ayam
D. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
A.    Denda sehingga RM3 000
B.    Dikenakan hukuman penjara.
C.   Dihukum penjara dan denda RM3 000
D.   Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
A.    hukumannya sangat berat.
B.    ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C.   kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D.     kita boleh dihukum penjara
Jawapan: 1. B    2. B   3. A   4. D   5. B

Simpulan Bahasa


Anak emas
Anak saudara
Anak kandung
Anak tunggal
Anak tiri
Anak bongsu
Anak sulung
Anak angkat
Anak buah
1.      Anak yang pertama di dalam keluarga = ___________________ 
2.      Anak kepada abang, kakak atau adik = _______________
3.      Anak yang disayangi = ____________________ 
4.      Anak yang hanya seorang dalam keluarga = ___________________
5.      Anak kepada suami atau isteri yang terdahulu = _________________
6.      Anak orang lain yang dijadikan anak sendiri = ________________
7.      Anak sendiri = ___________________
8.      Anak terakhir dalam keluarga = _________________________
9.      Sekumpulan orang yang berada di bawah jagaan seorang ketua = ________________
Jawapan: 1. Anak sulung   2.  Anak saudara   3. Anak emas   4. Anak tunggal   
              5. Anak tiri         6. Anak angkat      7. Anak kandung   8. Anak bongsu
              9. Anak buah

Latihan Kata Hubung


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
kerana             sementara       sambil              tetapi               lalu                  agar                sejak
1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.
Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. aga

Latihan Kata Adjektif


Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
            kelabu        kemas       suam                bersih      mesra      berani            indah      sayang
1.      Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .
2.      Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3.      Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4.      Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5.      Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .
6.      Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7.      Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8.      Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.
Jawapan : 1. bersih, 2. berani, 3. indah, 4. kelabu, 5. kemas, 6. suam, 7. mesra, 8. sayang

Latihan Kata Bilangan


Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)
1.      ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
2.      Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.
3.      Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.
4.      ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.
5.      Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di perhentian bas ini.
6.      (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
7.      Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa ).
8.      Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.


Jawapan : 
1. Semua, 2. separuh, 3. kedua, 4. Pelbagai, 5. berjam-jam, 6. Ribuan, 7. masing-masing, 8. satu

Latihan Kata Tanya


Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.
berapakah       mengapakah      apakah         siapa    bilakah                 bagaimanakah       mana
1.      ______________________  dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?
2.      _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3.      _______________________  Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?
4.      Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5.      Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
6.      Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
7.      ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?
Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah

Latihan Kata Seru

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Indahnya pemandangan di bukit ini !

A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah


2._________! Sakitnya perut saya!
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah


3._________, petahnya pelajar itu berbahasa Inggeris!
A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah


4._________, cantiknya bunga ini!
A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai


5._________, siapkan kerja ini sekarang juga!
A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah


6._________, begini caranya membuat kek lapis.
A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh


7._________, engkau telah berjaya!
A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah


8._________, perempuan yang tidak tahu malu!
A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi


9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?
A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai


10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!
A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas 
 
Jawapan: 1. D   2. A   3. A   4. B   5. C   6. B   7.B   8. C   9.D   10. C

Latihan Imbuhan Awalan and Akhiran

Gariskan kata berimbuhan yang betul.
1.      Alex sedang _______  (memainkan / bermain / termain) bola di padang.
2.      Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.
3.      Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila persembahan di pentas itu tamat.
4.      Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5.      Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi.
6.      Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______ (berputus / terputus) asa.
7.      Amber Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua pasukan bola keranjang sekolahnya.
8.      Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila beritahu guru kelas.

Jawapan : 1. bermain, 2. mencuci, 3. penonton, 4. ditanam, 5. meminati, 6. berputus, 7. dilantik, 8. lawatan